* Memastikan setiap murid dapat peluang meminjam dan membuat rujukan di PSS SMKDT denagn selesa dan sama rata.
* Membina semangat kerja berpasukan dikalangan AJK Kerja dan Induk serta pustakawan bagi melicinkan perjalanan urusan
* Sentiasa memberi layanan yang mesra kepada setiap penggunaan tanpa mengira status
* Sedia menerima segala teguran dan cadangan untuk mempertingkatkan mutu pengurusan
* Sentiasa berusaha meningkatkan suasana yang kondusif dan selesa kepada pengguna
* Memastikan proses peminjaman dan pemulangan buku dilakukan di kaunter secara cepat dan pantas iaitu kurang daripada 10 minit
* Membantu pengguna mendapatkan perkhidmatan salinan bahan, laminating dan scanning bahan dengan kadar kurang daripada 10 minit
Tuesday, 12 March 2013
Sunday, 30 September 2012
Majlis Pelancaran Nilam dan Bulan Bahasa
NILAM ..... Kita selalu dengar perkataan "NILAM' disekolah. Adakah kita tahu akan maksud NILAM?
Untuk pengetahuan rakan-rakan,
NILAM adalah singkatan kepada --------> Nadi Ilmu Amalan Membaca
NILAM merupakan program membaca yang dilancarkan di peringkat kebangsaan bagi membentuk tabiat suka membaca di kalangan pelajar. Melalui membaca dapat melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran berbahasa yang baik.
Pelajar-pelajar di bawah merupakan pelajar yang rajin membaca oleh itu mari kita contohi mereka kerana "Bangsa Membaca Bangsa Berjaya". Rakan - rakan kita ini merupakan penerima Lencana Kelab Rakan Pembaca.
Tuan Pengetua mengetuk ais ketika gimik perlancaran.
Gimik Perlancaran
Persembahan Pelajar - Koir
Koir Lagu Nilam oleh Pengawas PSS
Pelajar-pelajar di bawah merupakan pelajar yang rajin membaca oleh itu mari kita contohi mereka kerana "Bangsa Membaca Bangsa Berjaya". Rakan - rakan kita ini merupakan penerima Lencana Kelab Rakan Pembaca.
Tuan Pengetua mengetuk ais ketika gimik perlancaran.
Gimik Perlancaran
Persembahan Pelajar - Koir
Koir Lagu Nilam oleh Pengawas PSS
Monday, 24 September 2012
Majlis Pelancaran Tahun Membaca Negeri Melaka
Tarikh: 9 Julai 2012
Masa: 7.40 pagi
Hari: Isnin
Tempat: Dataran Budaya
Dirasmikan Oleh: Tn. Haji Jamil Bin Jaamat (Pengetua SMKDT)
Tahun Membaca Peringkat sekolah pada tahun ini membawa tema "Bangsa Membaca Bangsa Berjaya" bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk membaca secara berterusan serta menambahkan ilmu pengetahuan dalam pembacaan pelbagai sumber. Sekolah berusaha mewujudkan suasana dan persekitaran yang kondusif untuk pembacaan di sekolah. Di harap pelajar dapat menjadikan amalan membaca sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka.
Pernah dengar lagu Budaya Membaca?
Jika belum, disini disertakan lirik. Jom kita menyanyi bersama-sama.
Lebih menarik lagi, kami sertakan sekali video lagu ini.
Untuk pengetahuan rakan-rakan, antara pengisian yang dijalankan seperti:
- Kuarantin NILAM dan KUIZ
- Pertandingan Sudoku
- Pertandingan Math Magic
- Pameran Buku
- Pertandingan Ulasan Buku
- Anjung Herba dan Taman Herba
Persembahan Pelajar: Sketsa
Antara pelajar bertuah menerima hadiah.
Aktiviti Kuiz kepada semua pelajar SMKDT
Lawatan ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)
Pusat Sumber SMKDT menganjurkan lawatan ke UTEM pada 13 Ogos 2012 yang lepas. Pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar 2RK dan 2 Arif. Lawatan ini bertujuan untuk menambahkan pembacaan NILAM pelajar kita. Jom layan gambar sepanjang lawatan berlangsung.
Gelagat pelajar 2RK dan 2 Arif di dalam bas.
Para pelajar seronok dapat "doorgif" dari Perpustakaan UTEM.
Pelajar mendengar penerangan berkenaan penggunaan perpustakaan mereka.
Suasana Perpustakaan UTEM yang bersih, kemas dan menarik.
Rajin pelajar dan guru kita membaca. Bagus.
Sedikit cenderahati dari PSS SMKDT kepada pihak Perpustakaan UTEM yang disampaikan oleh Pn. Asmah Sulong.
Wednesday, 1 August 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)














