Pages

Friday 15 March 2013

MAJLIS PERLANCARAN NILAM, BLOG PSS DAN BULAN BAHASA

Majlis Pelancaran Nilam, Blog PSS dan Bulan Bahasa
Tarikh: 4 Mac 2013
Masa: 7.40 pagi
Tempat: Dataran Budaya SMKDT
 Dirasmikan Oleh: Tuan Haji Rashid bin Abdul Hamid (Pengetua SMKDT)

Tema
Warga Berilmu Teras Kejayaan


Majlis Pelancaran Nilam telah berlansung pada Isnin lalu bagi membentuk tabiat membaca dikalangan pelajar dan guru SMKDT. Mari kita lihat aktiviti  sepanjang majlis ini dijalankan.


Brosur dan antara hadiah kepada yang bertuah


Sijil penghargaan kepada pengawas  PSS cemerlang PMR 2012.



Ulasan buku BM dari adik cantik manis kita


Coral Speaking dari 3 RK


Pelajar 1 RK mempersembahkan Koir Lagu NILAM. Comel adik-adik kita ini.


Ucapan daripada pengetua SMKDT, Tuan Haji Rashid bin Abdul Hamid


Bacaan Senyap


Slot kuiz dan hadiah di sampaikan oleh En Abu Hassan bin Jantan



Tuesday 12 March 2013

PERATURAN PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN SMK DURIAN TUNGGAL

DISIPLIN

1    Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan
2    Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangan buku
3    Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di perpustakaan
4    Pelajar tidak dibenarkan membuka dan menutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS
5    Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu & kaunter
6    Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
7    Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran
8    Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru
9    Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka diluar perpustakaan di tempat yang disediakan
10  Pelajar dikehendaki menanggalkan kasut, stoking dan meletakkannya di rak yang disediakan
11  Pelajar tidak dibenarkan berada di bahagian kaunter edaran dan pulangan kecuali pengawas PSS
12  Tidak dibenarkan sama sekali membawa keluar buku yang ada di perpustakaan tanpa kebenaran


PINJAMAN DAN PEMULANGAN

A. SEMUA PELAJAR

1    Buku pinjaman yang dipinjam hendaklah menggunakan kad automasi
2    Buku Rujukan (R) hanya boleh dipinjam 1 buah selama 3 hari sahaja
3    Buku Fiksyen BM dan BI boleh dipinjam maksi 3 buah sekali pinjam tidak termasuk buku rujukan
4    Buku Kamus, Ensaiklopedia tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar daripada PSS
5    Buku Red Spot (bertanda merah) tidak boleh dipinjam oleh murid
6    Majalah dan surat kabar tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar dari PSS
7    Majalah berjilid tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar dari PSS
8    Koleksi Akhbar dan Koleksi Soalan PMR & SPM boleh dipinjam tidak melebihi 24 jam
9    Buku yang hilang mesti diganti dengan harga asal buku tersebut
10  Pinjaman yang lewat akan didenda sebanyak 10 sen sehari
11  Pinjaman CD ROM dan CDRI hendaklah dicatat pada BUKU REKOD PINJAMAN CD MURID


   
B. SEMUA GURU DAN KAKITANGAN

1    Buku pinjaman yang dipinjam hendaklah menggunakan KAD AUTOMASI atau merekodkan ke dalam BUKU PINJAMAN GURU DAN KAKITANGAN
2    Buku Rujukan (R) hanya boleh dipinjam 1 buah selama 7 hari sahaja
3    Buku Fiksyen BM dan BI boleh dipinjam maksi 3 buah sekali pinjam tidak termasuk buku rujukan
4    Buku Kamus, Ensaiklopedia boleh dipinjam atau dibawa keluar daripada PSS bagi tujuan P&P tidak boleh lebih tempoh 4 jam
5    Buku Red Spot (bertanda merah) tidak boleh dipinjam oleh guru tidak lebih daripada 3 hari
6    Majalah dan surat kabar tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar dari PSS
7    Majalah berjilid boleh dipinjam tidak melebihi 24 jam untuk rujukan
8    Koleksi Akhbar dan Koleksi Soalan PMR & SPM boleh dipinjam tidak melebihi 24 jam
9    Buku yang hilang mesti diganti dengan harga asal buku tersebut
10  Pinjaman yang lewat akan didenda sebanyak 20 sen sehari
11  Pinjaman CD ROM dan CDRI hendaklah dicatat pada BUKU REKOD PINJAMAN CD MURID
12  Pinjaman buku secara pukal bagi P&P catat di dalam Buku Rekod Pinjaman BBM
13  Pinjaman buku dalam kotak nilam hendaklah direkodkan dalam Buku Rekod Pinjaman Pukal

OBJEKTIF , FUNGSI DAN PERANAN PSS SMKDT

 OBJEKTIF PSS

*   Menyediakan sumber-sumber bagi kemudahan guru dan pelajar

*   Menganjurkan pelbagai aktiviti berkaitan PSS

*   Meningkatkan profesionalisme guru

*   Mengumpul, menyimpan dan mengedar pelbagai jenis maklumat

*   Melatih pelajar berdikari menerusi informasi yang boleh dikesan di PSS

*   Menyediakan perisian pendidikan untuk kegunaan guru dan pelajar



 FUNGSI PSS

Sebagai tempat mengumpul, menghasilkan, mengorganisasi dan menyebar atau menggunakan maklumat.



PERANAN PSS

Sebagai satu sistem yang menyokong ke arah matlamat pendidikan. Ia perlu bergerak dengan pelbagai bahan dan aktiviti ke arah memperbaiki mutu pengajaran dan pembelajaran

MATLAMAT PSS

*   Meningkatkan mutu pendidikan di sekolah

*   Membentuk profesion perguruan yang berilmu, dinamis, kreatif, inovatif dan berdisiplin untuk membantu pembinaan sahsiah guru-guru supaya dapat memainkan peranan yang berkesan dalam pembangunan negara, bangsa dan agama.

*   Membentuk golongan pelajar yang berilmu, kreatif dan berdisiplinuntuk membantu sahsiah pelajar supaya dapat memainkan peranan positif.

*   Mendedahkan pelajar dengan pengetahuan teknologi maklumat menerusi penggunaan komputer

PIAGAM PELANGGAN

*   Memastikan setiap murid dapat peluang meminjam dan membuat rujukan di PSS SMKDT denagn selesa dan sama rata.

 *  Membina semangat kerja berpasukan dikalangan AJK Kerja dan Induk serta pustakawan bagi melicinkan perjalanan urusan

*   Sentiasa memberi layanan yang mesra kepada setiap penggunaan tanpa mengira status

*   Sedia menerima segala teguran dan cadangan untuk mempertingkatkan mutu pengurusan

*   Sentiasa berusaha meningkatkan suasana yang kondusif dan selesa kepada pengguna

*   Memastikan proses peminjaman dan pemulangan buku dilakukan di kaunter secara cepat dan pantas iaitu kurang daripada 10 minit

*   Membantu pengguna mendapatkan perkhidmatan salinan bahan, laminating dan scanning bahan dengan kadar kurang daripada 10 minit