Pages

Sunday 30 September 2012

Majlis Pelancaran Nilam dan Bulan Bahasa

NILAM ..... Kita selalu dengar perkataan "NILAM' disekolah. Adakah kita tahu akan maksud NILAM? 
Untuk pengetahuan rakan-rakan, 
NILAM adalah singkatan kepada --------> Nadi Ilmu Amalan Membaca

NILAM merupakan program membaca yang dilancarkan di peringkat kebangsaan bagi membentuk tabiat suka membaca di kalangan pelajar. Melalui membaca dapat melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran berbahasa yang baik.

Pelajar-pelajar di bawah merupakan pelajar yang rajin membaca oleh itu mari kita contohi mereka kerana "Bangsa Membaca Bangsa Berjaya". Rakan - rakan kita ini merupakan penerima Lencana Kelab Rakan Pembaca.




 Tuan Pengetua mengetuk ais ketika gimik perlancaran.

 Gimik Perlancaran

Persembahan Pelajar - Koir

Koir Lagu Nilam oleh Pengawas PSS


Monday 24 September 2012

Majlis Pelancaran Tahun Membaca Negeri Melaka

Tarikh: 9 Julai 2012
Masa: 7.40 pagi
Hari: Isnin
Tempat: Dataran Budaya

Dirasmikan Oleh: Tn. Haji Jamil Bin Jaamat (Pengetua SMKDT)

Tahun Membaca Peringkat sekolah pada tahun ini membawa tema "Bangsa Membaca Bangsa Berjaya" bertujuan untuk menarik minat pelajar untuk membaca secara berterusan serta menambahkan ilmu pengetahuan dalam pembacaan pelbagai sumber. Sekolah berusaha mewujudkan suasana dan persekitaran yang kondusif untuk pembacaan di sekolah. Di harap pelajar dapat menjadikan amalan membaca sebagai sebahagian daripada gaya hidup mereka.


Pernah dengar lagu Budaya Membaca?
 Jika belum, disini disertakan lirik. Jom kita menyanyi bersama-sama.

Lebih menarik lagi, kami sertakan sekali video lagu ini.


                                         


Untuk pengetahuan rakan-rakan, antara pengisian yang dijalankan seperti:
  • Kuarantin NILAM dan KUIZ
  • Pertandingan Sudoku
  • Pertandingan Math Magic
  • Pameran Buku
  • Pertandingan Ulasan Buku
  • Anjung Herba dan Taman Herba

 Persembahan Pelajar: Sketsa




Antara pelajar bertuah menerima hadiah.



Aktiviti Kuiz kepada semua pelajar SMKDT




Lawatan ke Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTEM)

Pusat Sumber SMKDT menganjurkan lawatan ke UTEM pada 13 Ogos 2012 yang lepas. Pelajar yang terlibat terdiri daripada pelajar 2RK dan 2 Arif. Lawatan ini bertujuan untuk menambahkan pembacaan NILAM pelajar kita. Jom layan gambar sepanjang lawatan berlangsung



 Gelagat pelajar 2RK dan 2 Arif di dalam bas.

 Para pelajar seronok dapat "doorgif" dari Perpustakaan UTEM.


 Pelajar mendengar penerangan berkenaan penggunaan perpustakaan mereka.


Suasana Perpustakaan UTEM yang bersih, kemas dan menarik.


Rajin pelajar dan guru kita membaca. Bagus.


Sedikit cenderahati dari PSS SMKDT kepada pihak Perpustakaan UTEM yang disampaikan oleh Pn. Asmah Sulong.