Pages

Monday 20 June 2011

Sejarah Pusat Sumber Sekolah

1.1. SEJARAH  SEKOLAH

            Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal terletak kira-kira satu kilometer dari Pekan Durian Tunggal . Sekolah ini lokasinya di Kampung Bukit Balai dan mempunyai  keluasan kira-kira 16 ekar . Antara kampung -kampung dan petempatan yang terdapat di  sekitar Sekolah Menengah Durian Tunggal ialah Kg. Padang Kerbau ,Kg. Bukit Tambun  ,Kg.Pulau , Kg.Belimbing Dalam ,Kg.Tanah Merah ,Kg.Kerubong ,Kg. Parit Melana ,  Kg. Batu Sebelas , Bertam Estet dan Sin Lian Estet  .

                Sekolah Menengah Durian Tunggal mula dibuka dalam tahuan 1982 . Pengetua pertama sekolah ini ialah Encik Mohd Yusoff  bin Osman . Majlis perasmian  SMKDT disempurnakan oleh ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Mohd Zin b Abd. Ghani pada  tanggal 24 Jun 1996  iaitu selepas 14 tahun SMKDT dibuka .

                Pada asalnya  SMKDT mempunyai 4 blok konkrit dengan 22 buah kelas keseluruhannya  .Sekolah ini dilengkapi dengan Pusat Sumber Sekolah. Ketika itu SMKDT hanya mempunyai aliran sastera sahaja . Pada tahun 1988 , apabila kelas Tingkatan Empat  dibuka , SMKDT berkembang menjadi 38 bilik kelas , 6 buah bengkel balai bacaan  , 2 buah balai rehat serta sebuah surau .

                Kini ( 2008 ) , terdapat  8 blok iaitu Blok A , B , C , D , E , F , G , H dan G . Pusat Sumber Sekolah  terdiri daripada Bilik Perpustakaan , Bilik TV , Bilik PSE ( di Blok A )   dan Makmal Komputer ( Blok F)  . Jumlah kelas kini meningkat menjadi  38 bilik kelas.   termasuk  2 kelas Pendidikan Khas  dan 2 kelas Rancangan Khas  sebagai perintis . Apa yang lebih membanggakan kini SMKDT telah mewujudkan kelas MPV ( l kelas  MPV perabot dan l kelas MPV  Katering & penyajian  )  dan diwujudkan kelas aliran Sains Tulen dan Sains Sukan  bagi Tingkatan 4  dan 5 .yang dikenali sebagai 4& 5  SN 1 dan  4 & 5 SN2. .Selain itu SMKDT juga kini mempunyai Makmal Biologi ( 1) ,Makmal Kimia (1) ,Makmal Fizik (1) Makmal Sains Am (3) ,Makmal Komputer (2) ,Bilik Persalinan PJK ( 2) , Bilik Unit  Bimbingan & Kaunseling.

                Pada 1996 ,SMKDT amat bertuah kerana dipilih  oleh  Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Teknologi Pendidikan ( BTP)  untuk menyertai Projek Rangkaian Munsyi Pusat Sumber Elektronik ( PSE)  . Pada 1999 , satu lagi blok bangunan dibina menampung 4 kelas kerana bilangan pelajar bertambah .

                Pada awal penubuhan SMKDT ,  guru hanya 14 orang dan pelajar seramai 383 orang .Pada tahun 1996 , bilangan guru meningkat menjadi 54 orang dan bilangan pelajar seramai 933 orang . Bilangan pekarja telah meningkat dari 7 orang dalam tahun 1982 kepada 12 orang  dalam tahun 1996 .Tahun 2000 , SMKDT mempunyai 58 orang guru , 1119 orang pelajar dan 16 orang pekerja .  Kini ( 2008) , jumlah guru 72 orang  iaitu   53 Melayu , 15 guru Cina dan   4  guru lndia .

          Tahun 2008 melakar satu lagi sejarah. Jabatan Pendidikan membenarkan penubuhan kelas RK ( Rancangan Khas ) bagi pelajar-pelajar yang dapat  5A dalam UPSR tetapi tidak dapat melanjutkan pelajaran ke asrama penuh.   Seramai 44  orang Tingkatan 1 ditempatkan dalam  1RK1  dan 1RK2.



1.2.VISI SEKOLAH.

SMKDT cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah kawasan Alor Gajah.


1.3. MISI SEKOLAH.

1.                         Memantapkan kecemerlangan akademik melalui kerjasama dan komitmen seluruh warga SMKDT.
2.                         Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum melalui kesungguhan, minat dan keterlibatan yang berprestij.
3.                         Membina keperibadian unggul ke arah mewujudkan insan yang proaktif dan berketrampilan.






1.4. FALSAFAH SEKOLAH.

Para pendidik dan orang-orang dewasa di sekolah ini bertanggungjawab dan yakin untuk melaksanakan dan menterjemahkan Matlamat Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui proses-proses pendidikan di dalam dan di luar bilik darjah.

Kita laksanakannya dengan penuh iltizam melalui usaha-usaha dan keyakinan kepada falsafah,”Buatlah agar hari ini lebih baik dari semalam”untuk:
i)                   Meningkat profesionalisma keguruan.
ii)                Mengamalkan budaya kerja cemerlang.
iii)              Mengamalkan permuafakatan.
iv)              Menyuburkan budaya penyayang di kalangan ahli keluarga sekolah.
v)                Mempastikan ketiadaan kecacatan dalam serba serbi.



1.5.  OBJEKTIF SEKOLAH

1.       Meningkatkan mutu pengajaran dan pengajaran supaya prestasi akademik meningkat dari masa ke semasa.
2.       Mencungkil bakat pelajar-pelajar dalam kokurikulum serta mengembangkan bakat itu supaya dapat memberi manafaat kepada diri pelajar sendiri, bangsa dan negara.
3.       Memupuk sahsiah pelajar supaya cinta kepada sekolah, bangsa, negara dan memberi sumbangan kepada pembangunan negara.
4.       Membentuk generasi pelajar yang bersedia menghadapi cabaran berdaya maju dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi.


MOTO SEKOLAH :    MENUJU ERA KECEMERLANGAN.

MOTO DI LOGO SEKOLAH :    BERILMU,BERDISPLIN,BERJAYA.

 

       1.6.PIAGAM PELANGAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

DURIAN TUNGGAL, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA.

Kami ahli keluarga Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal, Melaka berazam akan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Oleh itu kami berjanji

1.                 Sentiasa memberi pendidikan yang bermutu dan seimbang kepada semua pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

2.                 Menyedia suasana dan iklim pembelajaran yang sesuai dengan tuntutan semasa supaya semua pelajar dan kakitangan sekolah ini selesa dan harmonis.

3.                 Mempastikan tenaga pengajar dan kakitangan sekolah memainkan peranan masing-masing agar matlamat dan objektif sekolah tercapai.

4.                 Menanam semangat muhibah dan kekeluargaan yang tinggi di kalangan semua guru dan kakitangan sekolah ini agar konsep sekolah penyayang dan kecacatan sifar (zero defect) tercapai.

No comments:

Post a Comment