Pages

Monday 20 June 2011

Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah

A PERATURAN  PSS

1) WAKTU OPERASI

   1.1  PSS dibuka dari jam 7.45 pagi hingga 5.00 petang setiap hari kecuali Sabtu dan
          Ahad dan cuti am.

  1.2. Waktu rehat
Ø  Menengah rendah PSS : 10.20 pagi hingga 10.40 pagi
Ø  Menengah atas PSS      : 11.00 pagi hingga 11.20 pagi


2) KEAHLIAN

  2.1. Semua pelajar dan guru  serta  kakitangan sokongan adalah ahli perpustakaan.
 
3) PERATURAN DAN PINJAMAN BUKU

  3.1. Semua pelajar sekolah ini layak untuk membuat pinjaman buku PSS sekolah ini.

  3.2. Setiap pelajar dibenarkan meminjam  3 buah buku setiap kali membuat pinjaman.

  3.3. Kad  hijau untuk kad pinjaman murid biasa  . Kad merah bagi pinjaman guru dan
          kaki tangan serta pengawas  PSS.
  
   3.4 Pinjaman buku fiksyen hanya dibenarkan adalah tidak lebih daripada 7 hari
          manakala buku rujukan  2 hari.

  3.5. Denda akan dikenakan kepada pelajar yang gagal memulangkan pada tarikh yang
         ditetapkan. Sebanyak 10 sen sehari.

  3.6. Jika ada buku yang rosak atau hilang , pelajar yang meminjam mesti
         menggantikannya dengan buku yang baru atau membayar mengikut harga buku.

  3.7 Pinjaman boleh dibuat pada waktu pagi, dan waktu rehat dan selepas pukul 2.00
        petang.

  3.7. Pulangan buku kepada pengawas atau pembantu perpustakaan di kaunter pulangan






4) PERATURAN MEMASUKI PERPUSTAKAAN

  4.1. Pelajar-pelajar boleh masuk ke perpustakaan untuk membaca, meminjam atau memulangkan buku pada waktu pagi sebelum loceng 7.30 pagi dibunyikan dan pada waktu rehat.

  4.2. Tidak dibenarkan makan dan minum atau membawa makanan dan minuman ke dalam perpustakan.

  4.3. Tinggalkan beg di luar perpustakaan. Hanya buku catatan dan alat tulis sahaja dibenarkan dibawa masuk.

  4.4. Tanggalkan kasut dan susun dengan teratur di rak yang telah disediakan.

  4.5. Dilarang bermain dan membuat bising di dalam perpustakaan.

  4.6. Tidak dibenarkan sama sekali membawa keluar buku-buku yang ada di
         perpustakaan sebelum direkodkan oleh pengawas perpustakaan.

  4.7. Letakkan buku yang telah dibaca di dalam troli yang disediakan atau di rak yang
         betul.

  4.8. Pastikan tangan dalam keadaan bersih semasa berada di perpustakaan.

  4.9. Dilarang menconteng buku-buku perpustakaan yang dibaca.

  4.10. Tolakkan kerusi ke bawah meja sebelum meninggalkan perpustakaan.

  4.11. Pelajar-pelajar hendaklah mematuhi arahan dan menghormati pengawas
           perpustakaan.


5) PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN WAKTU PEMBELAJARAN

  5.1. Pelajar hanya boleh masuk ke perpustakaan bersama guru untuk tujuan bacaan
         NILAM atau aktiviti lain.

  5.2. Rekodkan penggunaan perpustakaan di dalam buku rekod penggunaan.

  5.3. Rekodkan pembacaan anda dalam buku NILAM.Ambil buku  NILAM dalam almari
         dan  letakkan semula sebelum meninggalkan kawasan PSS SMKDT.

  5.3. Pastikan perpustakaan berada dalam keadaan kemas dan teratur sebelum kembali ke
         kelas.

  5.4. Tutup suis kipas dan lampu sebelum keluar dari perpustakaan.
B.  BILIK BAHAN BANTU MENGAJAR

1) FUNGSI

  1.1. Bilik BBM ialah tempat simpanan bahan-bahan seperti carta, kad-kad, globe, kit-kit pembelajaran, permainan, bahan bantuan mengajar yang dibuat oleh guru. 

2) PENGGUNAAN

  2.1. Bilik ini akan dibuka pada pukul 7.30 pagi dan ditutup pada pukul 2.00 petang bagi memudahkan guru mengambil dan menghantar bahan.

  2.2. Semua bahan yang dibawa masuk atau keluar hendaklah direkodkan dalam buku rekod penggunaan.

  2.3. Elakkan dari menyuruh pelajar mengambil dan menghantar bahan.

  2.4. Penyelaras pusat sumber atau guru-guru yang berkenaan hendaklah memastikan bilik sentiasa berada dalam keadaan yang teratur , kemas dan bersih.

  2.5. Pelajar boleh meminjam bahan untuk kegunaan pembelajaran mereka dengan mendapatkan kebenaran daripada guru penyelaras dan direkodkan.

C  . BILIK TAYANG

1) FUNGSI

  1.1. Bilik Tayang menempatkan bahan bantu mengajar TV, VIDEO, OHP, CD- ROM  
         dan LCD.

  1.2. Semua bahan berbentuk video kaset, kaset, bahan transperansi ditempatkan di sini.

2) PENGGUNAAN

  2.1. Jika guru hendak menggunakan bilik tayang di luar jadual yang disediakan, hendaklah rujuk dahulu jadual penggunaan dan buat tempahan dengan penyelaras.

  2.2. Guru mesti tahu cara menggunakan peralatan.

  2.3. Pelajar dilarang masuk atau berada di dalam Bilik Tayang jika tiada guru, kecuali dalam keadaan tertentu.

  2.4. Pelajar boleh menonton tayangan video atau rancangan astro pda masa rehat dengan izin gura dan ada guru yang bertugas ketika itu.

  2.5. Pastikan Bilik Tayang sentiasa berada dalam keadaan teratur, kemas dan bersih.

  2.6. Pastikan semua suis telah dipadamkan sebelum meninggalkan bilik.


D.  MAKMAL DAN BILIK KOMPUTER

1) FUNGSI

  1.1. Bilik ini menempatkan komputer untuk Komputer dalam Pendidikan (KDP).

2) PENGGUNAAN

  2.1. Guru hendaklah sentiasa bersama murid sepanjang masa pembelajaran.

  2.2. Sediakan perancangan yang rapi untuk pembelajaran.

  2.3. Rekodkan penggunaan bilik atau makmal dalam rekod penggunaan.

  2.4. Dapatkan bantuan daripada guru-guru yang berkenaan jika ada masalah penggunaan.

  2.5. Jika ada kerosakan, maklumkan kepada guru penyelaras.

  2.6. Pelajar dikehendaki mengikut arahan guru.

  2.7. Dilarang membawa makanan dan minuman ke dalam bilik atau makmal komputer.

  2.8. Guru hendaklah melatih pelajar menutup komputer dengan cara yang betul.

  2.9. Pastikan semua suis telah ditutup sebelum meninggalkan bilik dan makmal
         komputer.

  2.10. Pastikan bilik atau makmal sentiasa berada dalam keadaan kemas, teratur dan
          bersih.

  2.11. Jika ada pelajar yang berminat untuk menggunakannya di luar waktu
            pembelajaran, sila dapatkan kebenaran daripada guru yang bertanggungjawab dan
            guru hendaklah berada di bilik atau makmal komputer

No comments:

Post a Comment