Pages

Thursday 30 June 2011

KUARANTIN NILAM


KUARANTIN NILAM

Tempoh : Januari - Ogos
Hari       : Setiap hari jumaat hujung bulan
Masa     : 8.00 – 9.00 pagi
Tempat : Dataran Perhimpunan
Sasaran: semua tingkatan


PENTAULIAHAN PENGAWAS –PENGAWAS SEKOLAH SMK DURIAN TUNGGAL 2011

PENTAULIAHAN PENGAWAS –PENGAWAS SEKOLAH SMK DURIAN TUNGGAL  2011 

Tarikh  Pelaksanaan   : 28  Feb. 2011
Masa                           : 7.40 pagi                             
Tempat                        : Dataran   1 Malaysia
Perasmi                       : Tn.Hj.Jamil b Jaamat


















MAJLIS PELANCARAN NILAM DAN BULAN BAHASA 2011

Tarikh                  : 21 Feb. 2011
Masa                    : 7.40 pagi                 
Tempat                : Dataran  1 Malaysia
Nama Perasmi    : Tn. Haji Jamil  b Jaamat


KHIDMAT BANTU PSS

KHIDMAT BANTU  PSS

Masa    :  23 Nov.2010- 27 Dis. 2010
Aktiviti :  ·         Proses teknik
             ·         Proses Automasi
             ·         Naik taraf bilik makmal bahasa
             ·         Naik taraf bilik BBM
             ·         Naik taraf bilik computer
             ·         Naik taraf PSS
             


MAJLIS ANUGERAH NILAM DAN KHIDMAT BANTU PSS SMK DURIAN TUNGGAL 2010

 MAJLIS ANUGERAH  NILAM  DAN KHIDMAT BANTU PSS
SMK DURIAN TUNGGAL 2010


Tarikh     8  Nov. 2010
Masa      : 7.40 pagi                             
Tempat  : Dataran   1 Malaysia
Perasmi : Tn.Hj.Jamil b Jaamat


Kursus ICT UTEM




















MAJLIS PELANCARAN TAHUN MEMBACA

 MAJLIS  PELANCARAN TAHUN MEMBACA 
NEGERI  MELAKA PERINGKAT SEKOLAH  2010

Tarikh  Pelaksanaan   26 Julai 2010        
  Masa    : 7.40 pagi                             
Tempat  : Kantin  , SMKDT
Perasmi : En.Subramaniam  A/L Rengasamy
                                                            ( GPK1 SMKDT)






ORGANISASI JAWATANKUASA INDUK PSS SMKDT 2012

Monday 20 June 2011

Perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah

A PERATURAN  PSS

1) WAKTU OPERASI

   1.1  PSS dibuka dari jam 7.45 pagi hingga 5.00 petang setiap hari kecuali Sabtu dan
          Ahad dan cuti am.

  1.2. Waktu rehat
Ø  Menengah rendah PSS : 10.20 pagi hingga 10.40 pagi
Ø  Menengah atas PSS      : 11.00 pagi hingga 11.20 pagi

Piagam Pelanggan Pusat Sumber Sekolah

Ø  MENGUTAMAKAN PELANGGAN  LEBIH DARIPADA KEPENTINGAN PERIBADI

Ø MEMBERIKAN PERKHIDMATAN YANG CEPAT ,BERKUALITI , MESRA  PELANGGAN DAN EFISYEN.

Ø MENYEDIAKAN  SUASANA YANG KONDUSIF DAN SELESA SERTA CERIA .

Matlamat dan Objektif Pusat Sumber Sekolah

2.7.   MATLAMAT  PSS

Pusat Sumber Sekolah  adalah satu sistem perkhidmatan untuk membolehkan  semua pihak  di sekolah  mencapai segala pergerakan dan aktiviti  ke arah  melaksanakan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan.


2.8   OBJEKTIF

v  Mewujudkan kemerlangan pendidikan di sekolah
v  Menggalakkan  penggunaan kemudahan PSS
v  Pemupukan tabiat belajar pelajar di sekolah
v  Penghasilan bahan untuk P & P
v  Memperolehi kemahiran maklumat di kalangan warga sekolah

Visi dan Misi Pusat Sumber Sekolah


2.5    VISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

Mewujudkan warga sekolah yang berilmu dengan sahsiah yang seimbang, berfikiran kreatif dan inovatif melalui sikap suka membaca dan meneroka sumber informasi

2.6.  MISI PUSAT SUMBER SEKOLAH

v  Melengkapkan PSS dengan prasarana informasi yang berteknologi tinggi
v  Menyajikan koleksi khazanah informasi yang terkini dan berkualiti
v  Mengintegrasikan PSS dengan media berteknologi tinggi
v  Insan yang berinformasi
v  Mencanai minda yang bestari
v  Membentuk warga sekolah yang berkualiti

LATAR BELAKANG PSS

          PSS  SMK Durian Tunggal  terletak di bangunan A . Terdiri daripada   Perpustakaan  (  2 bilik kelas) , Bilik Tayang ( 1 bilik kelas) , Perpustakaan Elektronik ( 2 bilik kelas) , Bilik BBM ( 1 bilik kelas) . Bilik-bilik ini terletak di Blok A . Makmal Komputer ( 2 bilik )  terletak di bangunan yang berasingan. Bangunan ini terletak  kira-kira 200m daripada bangunan Perpustakaan . Makmal komputer terletak  bersebelahan surau sekolah .

Fungsi Pusat Sumber Sekolah

Pusat Sumber Sekolah ( PSS) bermatlamat sebagai sebuah pusat pengumpulan bahan dan juga sebagai pusat rujukan bagi murid , guru dan penagih ilmu .

PSS  lebih menitikberatkan penggunaan pelbagai media terutama yang berkonsepkan teknologi maklumat bagi membantu dalam proses P&P supaya lebih  menarik dan berkesan.

lni selaras dengan matlamat sekolah ini dalam konteks merealisikan hasrat memartabatkannya sebagai sebuah institusi pendidikan yang berkualiti dan berbudaya maju di samping melahirkan murid yang bestari .

Definisi Pusat Sumber Sekolah

2.1.DEFINISI  PSS

PSS  didefinisikan sebagai perpustakaan . Kamus Dewan memberikan pengertian ‘perpustakaan ‘ sebagai :-

2.1.1.  Kumpulan buku ( bacaan dll)
2.1.2.  Bangunan ( bilik dll) yang mengumpul buku-buku ( untuk bacaan)
2.1.3.  (Komputer) kumpulan atur cara , rutin , atau subrutin yang disimpan secara tersusun dalam storan untuk kegunaan  pengguna atau atur cara lain.

2.2.  KONSEP   PUSAT  SUMBER SEKOLAH
       
        Pusat Sumber adalah diertikan sebagai :-

SUATU TEMPAT- 
Merupakan satu tempat suasana pembelajaran yang selesa bukan sekadar tambahan bilik darjah




KOLEKSI- 
Pusat peroleh sumber dan  maklumat yang diperlukan untuk pembelajaran


PERKHIDMATAN-
Memberi kemudahan mendapat dan mengamalkan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk pembelajaran


AGEN  PERUBAHAN-Bergerak kea rah pengembangan potensi dan minat individu serta kerjasama kumpulan .

Lagu Sekolah SMKDT

.          LAGU SEKOLAH.

SMKDT sentiasa di jiwa kami

Membentuk generasi
Insan yang terpuji.

SMKDT padamu kami berjanji
Cemerlang dan berjaya
Agar dapat berbakti

Berilmu, Berdisiplin
Berjaya dan berbakti
Semogakan tercapai
Segala cita bangsa kami.

SMKDT sentiasa di jiwa kami
Membentuk generasi
Insan yang terpuji.

                                   Ciptaan:          Kamarudin Abu Samah.
                                    Lirik:              Abd.Razak Abd.Rahman.

Sejarah Pusat Sumber Sekolah

1.1. SEJARAH  SEKOLAH

            Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal terletak kira-kira satu kilometer dari Pekan Durian Tunggal . Sekolah ini lokasinya di Kampung Bukit Balai dan mempunyai  keluasan kira-kira 16 ekar . Antara kampung -kampung dan petempatan yang terdapat di  sekitar Sekolah Menengah Durian Tunggal ialah Kg. Padang Kerbau ,Kg. Bukit Tambun  ,Kg.Pulau , Kg.Belimbing Dalam ,Kg.Tanah Merah ,Kg.Kerubong ,Kg. Parit Melana ,  Kg. Batu Sebelas , Bertam Estet dan Sin Lian Estet  .

                Sekolah Menengah Durian Tunggal mula dibuka dalam tahuan 1982 . Pengetua pertama sekolah ini ialah Encik Mohd Yusoff  bin Osman . Majlis perasmian  SMKDT disempurnakan oleh ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Seri Mohd Zin b Abd. Ghani pada  tanggal 24 Jun 1996  iaitu selepas 14 tahun SMKDT dibuka .

                Pada asalnya  SMKDT mempunyai 4 blok konkrit dengan 22 buah kelas keseluruhannya  .Sekolah ini dilengkapi dengan Pusat Sumber Sekolah. Ketika itu SMKDT hanya mempunyai aliran sastera sahaja . Pada tahun 1988 , apabila kelas Tingkatan Empat  dibuka , SMKDT berkembang menjadi 38 bilik kelas , 6 buah bengkel balai bacaan  , 2 buah balai rehat serta sebuah surau .

                Kini ( 2008 ) , terdapat  8 blok iaitu Blok A , B , C , D , E , F , G , H dan G . Pusat Sumber Sekolah  terdiri daripada Bilik Perpustakaan , Bilik TV , Bilik PSE ( di Blok A )   dan Makmal Komputer ( Blok F)  . Jumlah kelas kini meningkat menjadi  38 bilik kelas.   termasuk  2 kelas Pendidikan Khas  dan 2 kelas Rancangan Khas  sebagai perintis . Apa yang lebih membanggakan kini SMKDT telah mewujudkan kelas MPV ( l kelas  MPV perabot dan l kelas MPV  Katering & penyajian  )  dan diwujudkan kelas aliran Sains Tulen dan Sains Sukan  bagi Tingkatan 4  dan 5 .yang dikenali sebagai 4& 5  SN 1 dan  4 & 5 SN2. .Selain itu SMKDT juga kini mempunyai Makmal Biologi ( 1) ,Makmal Kimia (1) ,Makmal Fizik (1) Makmal Sains Am (3) ,Makmal Komputer (2) ,Bilik Persalinan PJK ( 2) , Bilik Unit  Bimbingan & Kaunseling.

                Pada 1996 ,SMKDT amat bertuah kerana dipilih  oleh  Kementerian Pendidikan melalui Bahagian Teknologi Pendidikan ( BTP)  untuk menyertai Projek Rangkaian Munsyi Pusat Sumber Elektronik ( PSE)  . Pada 1999 , satu lagi blok bangunan dibina menampung 4 kelas kerana bilangan pelajar bertambah .

                Pada awal penubuhan SMKDT ,  guru hanya 14 orang dan pelajar seramai 383 orang .Pada tahun 1996 , bilangan guru meningkat menjadi 54 orang dan bilangan pelajar seramai 933 orang . Bilangan pekarja telah meningkat dari 7 orang dalam tahun 1982 kepada 12 orang  dalam tahun 1996 .Tahun 2000 , SMKDT mempunyai 58 orang guru , 1119 orang pelajar dan 16 orang pekerja .  Kini ( 2008) , jumlah guru 72 orang  iaitu   53 Melayu , 15 guru Cina dan   4  guru lndia .

          Tahun 2008 melakar satu lagi sejarah. Jabatan Pendidikan membenarkan penubuhan kelas RK ( Rancangan Khas ) bagi pelajar-pelajar yang dapat  5A dalam UPSR tetapi tidak dapat melanjutkan pelajaran ke asrama penuh.   Seramai 44  orang Tingkatan 1 ditempatkan dalam  1RK1  dan 1RK2.



1.2.VISI SEKOLAH.

SMKDT cemerlang dalam akademik, kokurikulum dan sahsiah kawasan Alor Gajah.


1.3. MISI SEKOLAH.

1.                         Memantapkan kecemerlangan akademik melalui kerjasama dan komitmen seluruh warga SMKDT.
2.                         Meningkatkan kecemerlangan kokurikulum melalui kesungguhan, minat dan keterlibatan yang berprestij.
3.                         Membina keperibadian unggul ke arah mewujudkan insan yang proaktif dan berketrampilan.






1.4. FALSAFAH SEKOLAH.

Para pendidik dan orang-orang dewasa di sekolah ini bertanggungjawab dan yakin untuk melaksanakan dan menterjemahkan Matlamat Pendidikan dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan melalui proses-proses pendidikan di dalam dan di luar bilik darjah.

Kita laksanakannya dengan penuh iltizam melalui usaha-usaha dan keyakinan kepada falsafah,”Buatlah agar hari ini lebih baik dari semalam”untuk:
i)                   Meningkat profesionalisma keguruan.
ii)                Mengamalkan budaya kerja cemerlang.
iii)              Mengamalkan permuafakatan.
iv)              Menyuburkan budaya penyayang di kalangan ahli keluarga sekolah.
v)                Mempastikan ketiadaan kecacatan dalam serba serbi.



1.5.  OBJEKTIF SEKOLAH

1.       Meningkatkan mutu pengajaran dan pengajaran supaya prestasi akademik meningkat dari masa ke semasa.
2.       Mencungkil bakat pelajar-pelajar dalam kokurikulum serta mengembangkan bakat itu supaya dapat memberi manafaat kepada diri pelajar sendiri, bangsa dan negara.
3.       Memupuk sahsiah pelajar supaya cinta kepada sekolah, bangsa, negara dan memberi sumbangan kepada pembangunan negara.
4.       Membentuk generasi pelajar yang bersedia menghadapi cabaran berdaya maju dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan yang tinggi.


MOTO SEKOLAH :    MENUJU ERA KECEMERLANGAN.

MOTO DI LOGO SEKOLAH :    BERILMU,BERDISPLIN,BERJAYA.

 

       1.6.PIAGAM PELANGAN

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN

DURIAN TUNGGAL, 76100 DURIAN TUNGGAL, MELAKA.

Kami ahli keluarga Sekolah Menengah Kebangsaan Durian Tunggal, Melaka berazam akan melahirkan pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sesuai dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Oleh itu kami berjanji

1.                 Sentiasa memberi pendidikan yang bermutu dan seimbang kepada semua pelajar melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.

2.                 Menyedia suasana dan iklim pembelajaran yang sesuai dengan tuntutan semasa supaya semua pelajar dan kakitangan sekolah ini selesa dan harmonis.

3.                 Mempastikan tenaga pengajar dan kakitangan sekolah memainkan peranan masing-masing agar matlamat dan objektif sekolah tercapai.

4.                 Menanam semangat muhibah dan kekeluargaan yang tinggi di kalangan semua guru dan kakitangan sekolah ini agar konsep sekolah penyayang dan kecacatan sifar (zero defect) tercapai.